Tua dan muda sama-sama berkongsi ilmu yang baru dipelajari..
Wednesday, 18 September 2013
Sudoku Latih Otak Berfikir
Anda pernah bermain permainan Sodoku? Sila anda baca artikel ini...
Oleh HAFIZ AHMAD
![]() |
PERMAINAN Sudoku membuatkan individu berfikir secara kritis dan kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
PERMAINAN minda seperti Sudoku memberi manfaat yang baik kepada fikiran sehingga boleh dijadikan sebagai satu senaman bagi menguatkan otak pemain.
Ia membantu individu berfikir secara kritis dan kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Pada masa yang sama, permainan Sudoku merupakan salah satu cara untuk menggalakkan perkembangan minda kanak-kanak.
Menurut Pakar Kanak-Kanak dan Remaja, Pusat Psikologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Khaidzir Ismail, Sudoku diibaratkan sebagai makanan minda kepada kanak-kanak kerana pada tahap ini, otak mereka sedang berkembang 80 peratus untuk menjadi matang.
“Justeru, pada tahap ini, otak mereka perlu dilatih bagi menguatkan pemikiran.
“Namun, usah hanya tertumpu pada permainan Sudoku. Sewajarnya ibu bapa perlu membuka minda anak-anak dengan aktiviti sosial yang lain seperti perbualan dan pengalaman daripada persekitaran. Ini termasuklah memberi keseimbangan kecerdasan intelektual (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ) untuk proses tumbesaran diri kanak-kanak,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo!.
Sementara itu, Pakar Psikologi, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Prof. Dr. Syed Mohamed Shafeq Syed Mansor berkata, permainan berkaitan logik seperti Sudoku menggunakan otak kiri. Dari segi psikologi, ia dapat membantu menguatkan pemikiran seseorang.
“Namun begitu, ia tidak boleh dilakukan secara berterusan atau terlalu lama. Cukup sekadar mengisi masa lapang antara 30 minit hingga satu jam sahaja,” kata Dr. Syed Mohamed Shafeq.
Permainan minda Sudoku dicipta oleh ahli matematik, Leonhard Euler pada tahun 1783. Namun, sejak tahun 1984, Presiden Nikoli Co. Ltd., Maki Kaji telah memainkan peranan penting dalam mempromosikan pembangunan dan pemasaran Sudoku melalui syarikat pengeluar teka-teki itu.
Sudoku kini dimainkan di lebih 100 buah negara seluruh dunia. Popularitinya dapat dilihat melalui penganjuran pertandingan Sudoku untuk pelbagai peringkat umur di dalam dan luar negara.
Tahun ini, Peraduan Sudoku Kosmo! Midea akan dianjurkan bermula 16 hingga 21 September 2013. Ia mendapat kerjasama pengedar rangkaian produk elektronik dan perkakasan rumah, Midea Scott & English Electronics Sdn. Bhd. (Midea), yang merupakan penaja utama peraduan tersebut.
Hakcipta terpelihara
Kursus ICT di SUKNS -
Alhamdulillah... selama dua hari ini saya dan seluruh warga Jabatan Mufti akan mengikuti kursus ICT selama dua hari di makmal komputer Wisma Negeri. Nah! akan mempelajari lagi semua product google, termasuk mencipta blog!!
Untuk belajar, memang tiada had umur..Percaya atau tidak, sahibus samahah Mufti Kerajaan Negeri Sembilan juga sedang mengikuti kursus yang sama. Tak percaya??
"adult learning" memang meriah... kelas hari ini riuh rendah. Tetapi SS Dato sentiasa cool hehe...
Bagi mereka yang sangat fobia pada ICT atau gajet-gajet ni, silalah rawat segera. Sangat rugi kita membiarkan teknologi ini, marilah kita meriahkan dunia blog dengan blog-blog yang mampu mencetuskan fenomena dakwah sejagat..
Hmmm, saya akan up date lagi dari semasa ke semasa!
Untuk belajar, memang tiada had umur..Percaya atau tidak, sahibus samahah Mufti Kerajaan Negeri Sembilan juga sedang mengikuti kursus yang sama. Tak percaya??
![]() |
YB.SS Dato' bersama pegawai ICT Jabatan Mufti Negeri Sembilan |
![]() |
Sampai terpaksa pegang kepala... |
![]() |
Tekunnya YB.SS Dato' .. |
"adult learning" memang meriah... kelas hari ini riuh rendah. Tetapi SS Dato sentiasa cool hehe...
Bagi mereka yang sangat fobia pada ICT atau gajet-gajet ni, silalah rawat segera. Sangat rugi kita membiarkan teknologi ini, marilah kita meriahkan dunia blog dengan blog-blog yang mampu mencetuskan fenomena dakwah sejagat..
Hmmm, saya akan up date lagi dari semasa ke semasa!
Wednesday, 11 September 2013
Video la pulak!!
Sesi pembelajaran seterusnya ialah meng"upload" video dalam blog. Pelajar-pelajar didapati telah semakin cekap heheh..
Post Ketiga! Gambar..
Saya perlu post untuk kali ketiga bagi meneruskan pembelajaran! Dengar arahan guru, rahsia kejayaan pelajar hehehee.....Sangat seronok mempelajari perkara
baru, dengan cikgu yang sporting dan bersabar dengan ragam pelajar yang
tidak lagi muda, heheheh. Dan rakan-rakan sekelas yang sangat meriah, suasana seperti kanak-kanak tadika sedang belajar di kelasnya!!!!
Apa yang anda lihat pada gambar ini? Duck or rabbit? Ini dipanggil kesan ilusi.. bagaimana mata anda melihat! Lihatlah sesuatu daripada pelbagai sisi, sehingga anda menemui sisi yang positif! Ini peringatan untuk diri saya sendiri....Kita akan stres jika kita tetap mahu melihat dari sudut pandang kita sahaja, lihatlah dari angle yang lain, pasti kita terjumpa imej yang berbeza....Big picture thinking, please...
Tips kawal stres saya hari ini!
Assalamualaikum warahmatullah;
Semua orang mengalami stres! Bezanya hanya pada punca dan level stres yang kita alami. tarik nafas panjang dan dalam-dalam, biarkan tubuh anda merasa relaks terlebih dahulu, dan cuba hayati petikan ini:
"You can't control how people treat you, but you can control how you react to them. You must know that only YOU can allow them to affect you".
Salam Perkenalan!!
Assalamualaikum warahmatullah! Dan salam kasih sayang,
Saya baru memulakan blog ini. Terima kasih kepada guru-guru ICT saya di |ILIM: Pn. Fara dan Pn Shahiza atas segala bimbingan ilmu, sehingga saya hari ini telah pun mampu " mencecah awan".
Sebenarnya, saya pernah mencipta sebuah blog, tapi berhenti sekerat jalan, bahkan saya tidak tahu cara untuk akses blog tersebut huhu... Sebab? Sebab saya meneroka sendiri, pembelajaran tidak berstruktur, ilmu tidak berguru...|Hari ini berkat mengikuti kursus Komunikasi Dakwah Media Baru: Teknologi Maklumat & Multimedia, saya sangat senang hati untuk memulakannya kembali.
Ini lantunan nurani saya yang pertama:
"over-thinking ruins you! Ruins the situation, twists things around, makes you worry and just makes everything much worse than it actually is ! " So don't over-thinking....
"
"
Subscribe to:
Comments (Atom)